MH Online

Laman Suara Rakyat

Lebih Baik Daripada Kalahkan Brazil

Lebih Baik Daripada Kalahkan Brazil

Pemain yang memecahkan rekod, Thomas Mueller berkata kemenangan 8-2 Bayern Munich ketika membelasah Barcelona pada suku akhir Liga Juara-Juara melebihi kemenangan 7-1 Jerman ke atas Brazil pada Piala Dunia 2014 ketika dia mencuri tumpuan berbanding Robert Lewandowski dan Lionel Messi.

Pemain terbaik perlawanan itu meledak dua gol di Lisbon ketika Barcelona menjaringkan empat gol pada babak pertama Liga Juara-Juara buat kali pertama ketika Bayern mendahului 4-1.

Pemain gantian, Philippe Coutinho yang dipinjamkan dari Barcelona, juga menemui sasaran dua kali selepas rehat selain gol Joshua Kimmich dan Lewandowski lantas memberikan Barcelona kekalahan terbesar di Eropah.

“Ketika kami (Jerman) menetang Brazil, kami tidak mengawal bola seperti kami lakukan malam ini,” kata Mueller yang juga menjaringkan gol pada separuh akhir Piala Dunia itu.

“Anda tidak boleh mengatasi Barcelona begitu sahaja, tapi kami langsung tidak memberikan ruang buat pemain tengah mereka, kami buat apa yang kami mahukan.”

Pemain berusia 30 tahun itu mengatasi rekod Philipp Lahm sebagai pemain Jerman dengan penampilan terbanyak Liga Juara-Juara – 113 perlawanan.

“Kami perlu berhenti bercakap mengenai rekod, ia hanya statistik,” kata Mueller.

“Banyak lagi perkara lebih baik untuk bercakap mengenai perlawanan ini.” – AFP