SYRIA. Kira-kira 8,500 orang awam dipindahkan dari kawasan di timur Aleppo yang sebelum ini dikuasai kumpulan militan Daesh, di tengah-tengah operasi pembersihan di bandar Syria itu.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan berkata, seramai 2,934 kanak-kanak dipindahkan dari bandar berkenaan dalam 24 jam lalu.

“Tentera Rusia dan pakar pemusnah bom kini aktif membersihkan kawasan dibebaskan itu daripada periuk api dan bahan bom yang tidak meletup.

“Setakat ini, kira-kira 60,000 meter persegi telah dibersihkan dan pasukan keselamatan kembali memulihkan stesen pengepam air pusat, dua loji kuasa, dua sekolah serta dua masjid di bandar terbabit,” menurut kenyataan itu.

Kelmarin, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov memberitahu, operasi tempur tentera Syria di timur Aleppo dihentikan sementara berikutan pemindahan orang awam terbesar dijalankan melibatkan lebih 8,000 orang. – Press TV

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *