MH Online

Laman Suara Rakyat

Lebih 8,000 Individu Ditahan Ingkar PKP

Lebih 8,000 Individu Ditahan Ingkar PKP

KUALA LUMPUR, Seramai 8,125 individu ditahan setakat ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 1,220 orang ditahan semalam kerana kesalahan itu, dengan 854 individu dikenakan kompaun.

“Seramai 345 individu direman manakala 21 individu dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, sebanyak 783 sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam, dengan pemeriksaan dilakukan ke atas 435,361 kenderaan.

“Sebanyak 48,123 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dan 6,158 premis diperiksa pihak berkuasa,” katanya.