Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Lebih 800 Peserta Sertai Border Funride@Padang Besar

Lebih 800 Peserta Sertai Border Funride@Padang Besar

PADANG BESAR, Lebih 800 peserta, termasuk 30 daripadanya dari Thailand, menyertai program kayuhan Border Funride@Padang Besar sejauh 39 kilometer yang bermula dan berakhir di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Beseri di sini, semalam.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Datuk Zahidi Zainul Abidin merangkap Anggota Parlimen Padang Besar berkata program itu bertujuan mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di samping menonjolkan Padang Besar sebagai kawasan berpotensi di sempadan Malaysia-Thailand.

“Program ini juga merapatkan hubungan di samping membina jaringan perhubungan antara peserta tempatan dan Thailand,” katanya yang ditemui selepas menyempurnakan pelepasan kayuhan peserta.

Program anjuran Yayasan Generasi Malaysia (YGM) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan sokongan beberapa agensi itu, turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif YGM Dr Roslan Basaruddin.

Leave a Reply

Top