Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lawatan Perdana Menteri itu bagi membincangkan isu dua hala yang dipersetujui kedua-dua negara ketika kunjungan Raja Salman ke Malaysia, tahun lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya hari ini berkata, rombongan Perdana Menteri turut disertai isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; ibu, Tun Rahah Mohammad Noah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; ahli keluarga dan kenalan.

Perdana Menteri bersama keluarga dan beberapa kenalan turut mengerjakan umrah.

Kenyataan itu berkata, perbelanjaan ahli keluarga dan kenalan Najib ke Tanah Suci ditanggung sendiri manakala hanya Tun Rahah menaiki kapal terbang bersama Perdana Menteri ke Arab Saudi.

Katanya, nama keseluruhan delegasi dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran bagi menunaikan umrah.

Perdana Menteri dan rombongan turut diberi taraf tetamu negara oleh Kerajaan Arab Saudi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *