Seramai lapan individu ditahan dalam beberapa siri serbuan susulan serangan di Westminster yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat terkorban, kelmarin.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Antikeganasan, Mark Rowley memaklumkan ratusan detektif menyertai operasi mengesan suspek menerusi enam alamat kediaman yang mungkin berkaitan dengan insiden itu.

 “Operasi diteruskan di Birmingham, London dan bahagian lain di seluruh negara. Kami percaya penyerang bertindak sendiri dan berinspirasi daripada keganasan antarabangsa. Kami tiada maklumat jelas tentang ancaman seterusnya,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pihak berkuasa mengenal pasti identiti penyerang tetapi tidak mendedahkannya kepada umum.

Difahamkan, kira-kira 29 mangsa masih dirawat,  tujuh daripadanya kritikal.

Ketika ini, kawasan sekitar Jambatan Westminster masih dikepung pihak berkuasa dan stesen kereta api bawah tanah berhampiran   menghentikan operasi sementara.

Menteri Pertahanan, Michael Fallon berkata, polis sedang menyiasat sama ada penyerang tunggal itu disokong pihak lain, dan andaian awal polis mendapati kejadian itu ada kaitan dengan keganasan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *