Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Laluan Ke Kediaman Desa Mentari Usang & Tidak Terurus

Laluan Ke Kediaman Desa Mentari Usang & Tidak Terurus

PETALING JAYA, Pengurusan Desa Mentari Dua di Jalan PJS 2B dekat sini diminta tidak membenarkan motorsikal di letakkan sepanjang  laluan pejalan kaki kerana laluan berkenaan khas untuk penghuni ke lift dan seterusnya kediaman.

Selain daripada itu, pengurusan juga perlu ambil maklum bahawa laluan itu kotor dan pengurusan perlu menukar lantai baru menggantikan lantai lama yang begitu usang.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Meor Ramlee Yeop Ramlan berkata pernah satu ketika beliau melihat seorang penghuni hampir jatuh longkang akibat berselisih dengan motosikal.

“Untuk elak perkara lebih teruk berlaku seperti jatuh longkang dan sebagainya, saya minta pengurusan ataupun JMV blok ni tidak benarkan motosikal parking kat situ,” katanya.

Beliau juga berkata selain daripada itu kawasan laluan tersebut amat kotor.

“Pengurusan kenalah peka dengan keadaan. Kadang-kadang terasa malu bila ada tetamu tegur kebersihan kediaman ini,” katanya.

Beliau yang hampir lima tahun menetap di sini seterusnya meminta pihak terbabit dapat menyediakan sebuah tempat khas untuk penghuni meletakkan motorsikal masing-masing.

“Sehubungan itu saya minta pihak pengurusan apartmen ini menyediakan tempat letak motosikal di luar kediaman. Bukan di bawah bangunan sepertimana sekarang,” pintanya.

Bagi Othman Mahmud pula beliau meminta pihak terbabit menukar lantai laluan pejalan kaki.

“Kalau boleh gantikan lantai baru. Yang lama ni sudah terlalu usang dan perlu diganti,” pohonnya.

Beliau berkata sekiranya lantai lama itu tidak diganti akan ada kata nista dari orang luar yang ingin bertandang ke kediaman tersebut.

“Kita perlu ingat laluan cantik memainkan peranan penting untuk dinilai penghuni kediaman.

“Kalau kawasan bersih dan laluan masuk rumah pulak cantik, saya percaya harga rumah akan melambung tinggi,” katanya.

Leave a Reply

Top