MH Online

Laman Suara Rakyat

Label ‘Macai Politik’ Tidak Wajar

SHAH ALAM, Kenyataan melabel Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) belia sebagai ‘macai politik’ adalah tidak wayar.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata, kenyataan seperti itu tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang bertaraf Menteri.

“Saya rasa perkataan itu tidak wayar digunakan. Saya tahu beliau mahu NGO belia berkecuali dan tidak berpihak.

“Namun, bagi saya tidak perlulah menggelarkan NGO ini sebagai macai semata-mata hanya kerana mereka ini ada pendirian politik sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ceramah kelompok di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Bukit Naga sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perbahasan parlimen hari ini, yang melabelkan beberapa NGO belia sebagai ‘macai politik’.

Dalam perbahasan itu, Syed Saddiq dilaporkan bertekad mahu membersihkan persatuan belia daripada menjadi macai politik kepada kerajaan.

Ia berikutan kumpulan belia itu dilihat menyokong kerajaan berikutan mendapat peruntukan setiap tahun.