KUALA LUMPUR, PAS menyifatkan krisis politik negara ketika ini tidak terlalu kritikal, sekali gus berupaya untuk diselesaikan dengan baik.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata jika semua pihak meletakkan kepentingan negara dan rakyat melebihi kepentingan mana-mana pihak, pastinya akan ada penyelesaian yang lebih baik.
Katanya, begitu juga krisis yang membabitkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mampu diselesaikan jika semua pihak menyelesaikan konflik di meja rundingan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun pembubaran Parlimen dengan mengembalikan kuasa memilih kepada rakyat adalah pilihan terbaik ketika politik negara tidak stabil, ia tidak sesuai dalam keadaan pandemik COVID-19.
“Saya tidak tahu apa isu antara UMNO dan BERSATU kerana pelbagai andaian dibuat.
“Saya rasa boleh selesai, semua ini (pemimpin) orang cerdik-cerdik belaka, kalau bincang dengan baik dan melihat dengan kepentingan lebih luas, bukan kepentingan kelompok atau parti tertentu, melihat kepentingan negara dan rakyat, maka mungkin boleh selesai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat EXCO di sini, hari ini.
Berita lain
Perluaskan Bantuan Beras Ke Seluruh Negara
Telefon Dan WhatApp Mahadzir Khalid Digodam
MTUC Mahu Isu Pekerja Ditamatkan Perkhidmatan Dan Pengangguran Diselesaikan