Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > KPDNHEP Periksa 881 Premis

KPDNHEP Periksa 881 Premis

KUALA LUMPUR, Sebanyak 881 premis termasuk pasar raya besar dan kedai runcit diperiksa sekitar ibu negara bagi memastikan bekalan harian mencukupi dan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

Pemeriksaan itu dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

KPDNHEP Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya juga perlu memastikan semua peniaga mematuhi kehendak perundangan khususnya mekanisme kawalan yang ditetapkan oleh KPDNHEP.

“Pemeriksaan dibuat termasuk di pasar basah di pasar harian Selayang pagi semalam, yang merekodkan tiga kesalahan kerana gagal mempamerkan tanda harga bagi barangan yang dijual.

“Peniaga itu dikenakan kompaun serta-merta sebanyak RM400.

“Peniaga wajib mematuhi undang-undang sedia ada yang dikuatkuasakan termasuk mempamerkan tanda harga dan tidak mengambil keuntungan secara tidak munasabah,” katanya.

Menurut kenyataan itu, hasil pemantauan KPDNHEP Wilayah Persekutuan turut menunjukkan bekalan topeng muka dan cecair pembasmi kuman mudah didapati berbanding sebelum ini.

“Sebarang aduan boleh disalurkan kepada kementerian menerusi portale-aduan@kpdnhep.gov.my, pusat panggilan (1800 886 800) atau WhatsApp ke talian, 0192794317,” katanya.

Leave a Reply

Top