Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > KP Penyiaran Pilih Kasih Pemilihan Bahan Penerbitan?

KP Penyiaran Pilih Kasih Pemilihan Bahan Penerbitan?

KUALA LUMPUR, Sejak kebelakangan ini kakitangan beberapa bahagian di Angkasapuri, melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Ketua Pengarah Penyiaran dan Pengarah Strategik Pembangunan.

Ini kerana kedua-dua pegawai tersebut berhubung pemilihan bahan penerbitan ‘syndicated’ dan swasta yang dilakukan saringan daripada pihak mereka sebelum ini

“Pelanggaran etika kerja dan juga tempoh matang pemilihan bahan penerbitan daripada pelbagai syarikat produksi dilihat terganggu oleh tangan yang tidak bertanggung jawab dan tidak mengikut spesifikasi,” katanya yang enggan identitinya didedahkan.

Beliau menegaskan malah kedua-dua mereka merancang hanya memilih bahan daripada syarikat produksi yang ada kaitan dengan mereka.

Ketua Pengarah Penyiaran ialah Nor Yahati Awang dan Pengarah Strategik Pembangunan adalah Tan Lee Cheng.

Beliau bertolak dari situ beliau berkata timbul beberapa keraguan munasabah seperti tender ‘pitching’ yang dikeluarkan kepada syarikat penerbitan atau syarikat produksi dilakukan secara tergesa-gesa.

“Kakitangan di Wisma TV diarahkan untuk menguruskan bahan-bahan yang berkaitan demi kepentingan beliau dan pengarah bahagian strategik,” ujarnya.

Beliau menambah pada 17 April lepas KP Penyiaran telah memberi arahan supaya mengeluarkan tender ‘pitching’ kedua bagi program ‘syndicated’ iaitu keperluan program (need statement) yang sama untuk tender pitching (pertama) iaitu pada 4 dan 5 Mac 2020.

Katanya proses pemilihan yang dilakukan sebenarnya tidak langsung mengikut SOP RTM atas pemilihan markah rating IMDB 6.0 ke atas.

“Kebanyakkan rating yang bagus-bagus telah ditolak oleh pihak KP,” katanya.

Sehubungan dengan salah laku pegawai atasan itu beberapa kakitangan telah membuat aduan ke pejabat buruh.

“Kita berbuat demikian kerana KP telah mengugut akan menukar mana-mana kakitangan yang ingkar mengikut arahan beliau,” katanya.

Beliau meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin untuk melihat perkara dengan serius.

Tindakan harus dilakukan oleh menteri dan timbalan demi menjaga integriti kementerian dan pada masa sama dapat pula membanteras salah guna kuasa dikalangan pegawai.

One thought on “KP Penyiaran Pilih Kasih Pemilihan Bahan Penerbitan?

  1. Boleh saya dapat no. tel admin untuk dihubungi.

    Zahrin Aris
    Setiausaha Kehormat
    Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)

Leave a Reply

Top