MH Online

Laman Suara Rakyat

Korea Utara Sedia Tumpaskan AS

Korea Utara bersedia untuk menewaskan kapal induk Amerika Syarikat (AS) yang menghampiri Semenanjung Korea hanya dalam satu serangan.

Kira-kira dua minggu lalu, kapal penyerang AS, Carl Vinson menuju ke Semenanjung Korea untuk menghadapi program peluru berpandu dan senjata nuklear Pyongyang yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, Korea Utara melihat penempatan itu sebagai satu tindakan provokasi dan bersedia untuk menunjukkan kekuatan tenteranya bagi menumpaskan kapal Washington berkenaan.

“Kapal tempur kami bersedia untuk menundukkan kapal induk AS hanya dalam satu serangan. Serangan itu akan menjadi satu contoh sebenar untuk menunjukkan kuasa tentera kami,” menurut laporan akhbar rasmi Pyongyang, Rodong Sinmun.

Menurut artikel itu lagi, Korea Utara mempunyai senjata yang boleh mencapai sehingga ke AS dan Asia Pasifik.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberitahu, beliau dan Trump setuju untuk kekalkan hubungan rapat dan menghargai pendirian Washington yang telah menyediakan semua pilihan berhubung hal Pyongyang. – Press TV