Keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara untuk pulang ke negara ini dengan selamat menjadi keutamaan Korea Selatan, kata Speaker Parlimen negara itu, Chung Sye-kyun.

Ahli politik Korea Selatan itu berkata beliau yakin sembilan lagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada kakitangan diplomatik dan ahli keluarga mereka akan pulang tidak lama lagi.

“Perkara paling penting adalah rakyat Malaysia dapat kembali ke negara mereka sendiri dengan selamat dan saya fikir ia akan berlaku tidak lama lagi,” kata Sye-kyun.

“Kerajaan Malaysia telah bersikap sangat adil dan munasabah dalam menangani perkara ini.

“Kami yakin kerajaan Malaysia akan mengekalkan pendiriannya pada masa depan, dan semuanya akan kembali seperti biasa tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen, Rabu.

Sye-kyun mengulas cara negara mengendalikan kes pembunuhan Kim Jong-nam, memuji peranan Malaysia dalam menangani isu ini yang memperlihatkan hubungannya dengan Korea Utara menjadi tegang sejak beberapa minggu lalu.

Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu selepas mukanya disapu dengan agen saraf VX oleh dua wanita.

Korea Utara kemudian menghalang 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negaranya walaupun selepas itu membenarkan dua kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbang keluar dari Pyongyang.

Bagaimanapun, mereka yang lain masih dihalang daripada meninggalkan Korea Utara termasuk tiga kanak-kanak.

Sye-kyun yang dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia, terdahulu telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di mana mereka membincangkan kerjasama antara kedua-dua negara dan projek kereta api berkelajuan tinggi.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *