Korea Selatan akan menghantar wakil khas ke lima negara untuk bertukar pandangan mengenai cara membangunkan hubungan yang lebih rapat di bawah kerajaan presiden baharu, Moon Jei-in.

Rumah Biru dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam memberitahu, delegasi tersebut akan dihantar ke Amerika Syarikat (AS), China, Rusia, Jepun dan Jerman untuk bertemu pegawai berpangkat tinggi bagi membincangkan kaedah membina hubungan lebih kukuh.

“Antara wakil Korea Selatan terlibat adalah bekas Perdana Menteri, Lee Hae-chan akan ke China, manakala bekas duta ke AS, bekas pengerusi akhbar Joongang Ilbo dan penyiar JBTC, Hong Seok-hyun, akan ke Washington,” menurut Rumah Biru.

Program ketenteraan peluru berpandu dan nuklear Pyongyang adalah antara agenda utama mereka berikutan tiada tanda hubungan dengan Korea Utara semakin reda.

Sabtu lalu, rejim Kim Jong-un melancarkan misil balistik jenis baharu yang mempunyai jarak sederhana dan mampu membawa kepala peledak nuklear lebih besar serta berat.

Ujian tersebut sekali gus menggesa Pertubuhan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan rundingan tengah hari ini, lapor Press TV.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *