MH Online

Laman Suara Rakyat

KKLW Sasar Kurangkan Kos Operasi Anak Syarikat

KUALA LUMPUR, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyasarkan pengurangan sebanyak 10 hingga 15 peratus kos operasi kilang milik agensi di bawah kementerian.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata melalui memorandum kerjasama yang ditandatangani itu, 12 kilang milik anak syarikat dari kluster perkilangan, perkhidmatan, serta pelancongan mampu memacu peningkatan pendapatan syarikat sehingga 15 peratus.

“Melalui usaha ini, anak syarikat akan dapat bekerjasama dari segi bajet untuk menghasilkan pasaran yang lebih luas, selain dapat menjalankan promosi dengan lebih berkesan.

(Ismail Sabri meninjau bas baru MARA LINER SDN BHD untuk penduduk luar bandar di Putrajaya hari ini)

“Selain itu, ia mengurangkan kebergantungan kepada agensi dan setiap anak syarikat akan mengambil pendekatan terbaik dalam mentadbir urus serta mengawal kos operasi kilang dalam menjalankan perniagaan,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) anak syarikat kementerian itu di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata kerjasama itu adalah inisiatif KKLW bagi fasa pertama manakala fasa berikutnya membabitkan kluster perladangan, pendidikan, hartanah, pelaburan dan peruncitan yang kini masih dalam peringkat perundingan.

“Kerjasama ini adalah selaras inisiatif kerjasama strategik anak syarikat KKLW menerusi Strategi Lautan Biru (NBOS) supaya mereka meneroka pelbagai peluang perniagaan merentasi agensi,” katanya.

Menurutnya, melalui MoU itu juga anak syarikat terbabit berupaya meningkatkan daya saing, berkembang maju serta bergerak dalam ekonomi berskala lebih besar.

INFO 12 anak syarikat KKLW

MARA Liner Sdn Bhd

RISDA Fleet Sdn Bhd

Kilang Sawit Panji Alam Sdn Bhd

FELCRA Berhad

FELCRA Processing and Engineering Sdn Bhd

KESEDAR Perkilangan Sdn Bhd

ESPEK Sdn Bhd

Glocal Link Travel & Tours Sdn Bhd

Nikaniaga Travel & Tours Sdn Bhd

KESEDAR Inn Sdn Bhd

KEJORA Hospitality & Services Sdn Bhd

KEDA Resort & Holidays Sdn Bhd