REMBAU, Barisan Nasional (BN) yakin akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berdasarkan gerak kerja jentera serta pencapaian terdahulu parti itu, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ini kerana pengundi majoritinya sangat gembira dengan BN dan berpuas hati dengan gerak kerja parti itu serta yakin terutamanya komuniti Melayu masih menyokong kerajaan sedia ada.

“Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan calon yang mempunyai kredibiliti.

“Saya yakin BN akan mengekalkan kerusi sedia ada serta akan menambah lagi bilangan kerusi dengan majoriti yang tinggi,” katanya dalam sidang media Pelancaran Rembau Challenge 2018 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan merangkap Ketua Penerangan UMNO Rembau Datuk Zaifulbahri Idris.

Khairy berkata bahawa segala isu permasalahan hampir dapat diselesaikan keseluruhannya dan tidak hanya menjalankan gerak kerja semata-mata untuk menghadapi pilihan raya.

Sementara itu, Khairy berkata beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Rembau yang telah diwakilinya selama dua penggal namun akur sekiranya pengerusi BN meletakkannya di mana-mana kerusi selain Rembau.

“Saya merupakan ‘party man’ dan bersedia untuk bertanding di mana-mana tetapi saya lebih selesa bertanding di Rembau selepas 10 tahun sebagai Anggota Parlimen di sini kerana sudah serasi dengan wakil rakyat dan juga jentera parti serta pengundi di kawasan ini,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *