Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > KJ Tolak Jawatan Setiausaha Agung

KJ Tolak Jawatan Setiausaha Agung

KUALA LUMPUR,  Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin menolak tawaran Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadikannya sebagai Setiausaha Agung BN.

Menurut Khairy, beliau membuat keputusan untuk tidak memegang sebarang jawatan sekiranya kalah dalam persaingan merebut kerusi Presiden Umno.

Sebaliknya, kata Khairy, beliau akan memberi fokus kepada tugasnya sebagai Ahli Parlimen Rembau.

“Terima kasih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung BN tadi. Saya memberitahu beliau saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti.

“Saya memberi fokus kepada tugas sebagai ahli Parlimen. Sedia bantu dan tetap bersama Umno,” katanya di Twitter hari ini.

Terdahulu, dalam sidang medianya, Ahmad Zahid berkata, beliau ada bertemu Khairy untuk membincangkan peranan yang boleh dimainkannya dalam parti.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak memperincikan peranan yang dibincangkan dengan Khairy itu.

Khairy kalah kepada Ahmad Zahid dalam perebutan jawatan Presiden Umno penggal 2018-2012.

Beliau memperoleh 61 undi, manakala Ahmad Zahid mendapat 99 undi dan seorang lagi calon, Tengku Razaleigh Hamzah 30 undi.

Leave a Reply

Top