Menurut Khairy Jamaluddin, laporan media terhadap kenyataan Dr Wan Azizah tidak adil.

“Ini mengelirukkan dan tidak adil kepada Timbalan Perdana Menteri yang menjawab soalan saya pagi tadi di Parlimen.

“Beliau secara jelas menyebut Malaysia akan melarang perkahwinan kanak-kanak. Sehingga undang-undang-undang tersebut dipinda, penguatkuasaan lebih tegas berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Dalam jawapannya di Dewan Rakyat hari ini, Dr Wan Azizah berkata kerajaan tidak akan berkompromi sama sekali dalam hal berkaitan kanak-kanak dan perlindungan hak golongan itu merupakan keutamaan.

Beliau menjawab pertanyaan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang ingin tahu usaha penambahbaikan bagi memperketatkan kebenaran kahwin bawah umur dan kesediaan kerajaan meminda akta berkaitan sedia ada bagi menghalang segala bentuk perkahwinan bawah umur pada masa hadapan.