Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Penasihat DAP,  Lim Kit Siang dalam keadaan bercelaru selepas bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kerana didakwa memfitnahnya sebagai seorang yang anti-Islam.

“Saya tengok beliau (Lim Kit Siang) dalam keadaan yang bercelaru.

“Sebelum ini hulurkan tangan mengajak Pas bekerjasama, mungkin lepas kita tolak ajakan itu ia jadi seperti ‘cinta tidak berbalas’,” katanya ketika dihubungi.

Beliau  melihat kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu sering berubah-ubah dan nampak ketidaktentuan menjelang PRU akan datang.

Tuan Ibrahim menjelaskan, pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 ini adalah kehendak agama Islam, bukannya Pas dan pindaan dalam RUU ini bukannya perkara baharu.

“Di sini mungkin maksud presiden Pas adalah kerana tindakan Lim Kit Siang yang menentang RUU 355,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *