MH Online

Laman Suara Rakyat

Ketua Balai Ditahan Kerana Minta Rasuah

Ketua Balai Ditahan Kerana Minta Rasuah

KUALA LUMPUR, Ketua Balai (OCS) dan seorang anggota polis di Melaka ditahan kerana meminta dan menerima rasuah ketika operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Difahamkan, dua anggota polis itu termasuklah OCS yang berusia 57 tahun itu meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6,000 sebagai bayaran untuk mengelakkan tindakan saman.

Sumber berkata, pemilik perniagaan itu dikatakan melanggar arahan PKP.

“Dia ditahan lewat petang semalam dalam serbuan di sebuah balai polis.

“Dalam serbuan itu, wang rasuah berjumlah RM6,000 yang disimpan dalam pejabatnya turut ditemui,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan itu namun beliau enggan mengulas lanjut.

BH difahamkan, kedua-dua mereka sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.