Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai Hisham Teh Poh Teik memaklumkan pihaknya belum mengetahui hakim yang akan mendengar kes tersebut.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairy tidak membantah keputusan tersebut.

Malah Ahmad Sazilee memaklumkan mahkamah, pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan bagi prosiding berkenaan.

Rozina kemudiannya menetapkan 26 Mac depan bagi sebutan kes tersebut di Mahkamah Tinggi.