BATU GAJAH, Seorang pengurus kanan sebuah syarikat minyak dan gas (O and G) adalah antara lima yang maut dalam kemalangan melibatakan dua buah kereta di KM 16, Jalan Ipoh-Lumut, di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, dua daripada mangsa dikenali sebagai Anita Zuriana Abdu Karim, 46, petugas syarikat UMW Oil and Gas Corporation Berhad dan Leong Kok Chuen, 37.

Bagaimanapun, identiti tiga lagi mangsa belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohd Nasri Omar berkata suami Anita Zuriana, Radzlan Mohamed, 50, dan dua anaknya Anisa Rizuana, 19, serta Azra Rhea ,13, mengalami kecederaan parah.

Katanya, siasatan awal mendapati semasa kejadian kereta jenis Mercedez Benz yang dipandu Radzlan sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Seri Iskandar.

“Apabila sampai di tempat kejadian sebuah kereta Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan disyaki tiba-tiba memotong sehingga memasuki laluan kereta Mercedes Benz itu sebelum bertembung,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Nasri berkata akibat pelanggaran itu, Anita Zuriana, penumpang di hadapan kereta Mercedes dan Leong, pemandu kereta Vios itu, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *