Oleh: Mat Lazim

Timbalan Perdana Menteri pada ahad telah merasmikan Skuad Penerangan dan Media Wanita UMNO di PWTC.

Dalam ucapan perasmianya, Ahmad Zahid melontarkan cabaran kepada pemain media sosial UMNO dengan mengatakan peperangan media sosial hari ini banyak dikuasai oleh pemain media sosial yang menyebarkan persepsi negatif terhadap kerajaan yang menguasai 93.4 % manakala pemain media sosial yang menyokong kerajaan hanya sebanyak 6.6 %, tanpa memberikan sumber kajian tersebut. (Kemungkinan sumber dari KDN)

Sehabis ucapan tersebut Ahmad Zahid terus diserang bertalu-talu didalam media sosial oleh pemain media sosial pro kerajaan yang rata-rata telah dikhususkan tugas mereka membaik pulih imej Perdana Menteri.

Dalam ucapan tersebut Ahmad Zahid dengan jelas hanya melontarkan cabaran kepada pemain media maya yang menyokong kerajaan agar bekerja lebih keras untuk menyaingi pemain media maya dari pihak pembangkang ucapan tersebut bukanlah bertujuan untuk menyinggung pemain media maya pro kerajaan.

Ucapan tersebut bertujuan untuk membakar semangat agar ahli-ahli UMNO agar bekerja lebih keras untuk kemenangan parti dan kerajaan dalam pilihanraya umum ke 14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Sumber kajian tersebut tidak seharusnya dijadikan senjata oleh pemain media maya pro kerajaan yang anti kepada Ahmad Zahid untuk menikam beliau kononya beliau tidak menghargai pemain media maya pro kerajaan dan berkempen bagi mana – mana pihak.

Andaikan dengan kekuatan 3 juta ahli UMNO, separuh dari jumlah itu memainkan peranan yang aktif di media maya untuk mempertahankan imej dan dasar – dasar kerajaan, sudah pastilah ia akan memberikan kesan yang baik kepada kerajaan dan parti.

Tetapi jika pemain media maya pro kerajaan memilih untuk bergaduh di media maya menyalahkan mana – mana pihak yang tidak sehaluan dengan mereka dan hanya mempertahankan bos yang membayar gaji bulanan dengan #hashtag team itu dan ini, maka tunggulah saat dan ketikanya imej negatif terhadap kerajaan akan mempengaruhi pengundi dalam pru-14 nanti.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *