Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kerana Kimanis Shafie Batal PSS

Kerana Kimanis Shafie Batal PSS

KOTA KINABALU, Kerajaan Sabah membatalkan keputusan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) selaras dengan kehendak dan suara rakyat Sabah, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ketika mengumumkan perkara itu semalam, beliau berkata, pembatalan pelaksanaan PSS yang diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri negeri akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Setelah mendengar suara rakyat pada semua peringkat dan bukan hanya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, bahkan secara keseluruhan suara rakyat yang tidak inginkan (membantah PSS), kita (kerajaan negeri) dengar suara ini.

“Kabinet Negeri Sabah akan maklumkan kepada KDN selaku kementerian bertanggungjawab supaya dibatalkan rancangan pelaksanaan PSS pada bulan Jun ini,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani nota kolaboratif antara Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dengan Universiti Teknologi Mara dan Petra Energy Berhad di sini hari ini.

PSS adalah dokumen baharu yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen kepada pendatang bagi menggantikan tiga dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.

Wujud kebimbangan PSS akan menjadikan pendatang mendapat kewarganegaraan Malaysia dan menjadi lebih ramai daripada penduduk tempatan.

Leave a Reply

Top