Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang membangkitkan isu sensitif menerusi penyebaran berita palsu yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama.

Perdana Menteri berkata, berita yang disiarkan dalam apa juga bentuk perlu bersikap adil kepada rakyat tanpa perkara yang boleh memecah-belahkan perpaduan di negara ini.

“Dengan berleluasanya berita palsu yang sengaja disebar untuk mengelirukan orang ramai, siaran berita terutama penyiaran tempatan perlu pantas menangani penipuan dengan menampilkan berita sahih,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi Njoi Now di Kompleks Sukan Desa Tasik di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Najib berkata, kerajaan tidak pernah menyekat hak bersuara rakyat Malaysia terutama dalam kalangan media walaupun tidak sealiran pendapat.

“Ini terbukti apabila kerajaan membenarkan penerbitan media pembangkang sejak dulu,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *