Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kerajaan Sediakan Penginapan Kepada Petugas Barisan Hadapan

Kerajaan Sediakan Penginapan Kepada Petugas Barisan Hadapan

KUALA LUMPUR, Kerajaan menyediakan kemudahan penginapan dan premis kerajaan untuk kegunaan petugas barisan hadapan dalam usaha menangani dan mencegah penularan COVID-19.

Bagi tujuan itu, Jabatan Perdana Menteri menjelaskan sebanyak dua Rumah Peranginan Persekutuan (RPP), empat unit Rumah Transit (RT) dan lima bagunan guna sama disediakan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH).

Katanya, kemudahan itu bagi kegunaan penginapan petugas barisan hadapan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dua unit apartment di RT Wilayah Persekutuan Putrajaya diperuntukkan bagi KKM dan ia mula digunakan, Jumaat lalu, manakala dua unit lagi disediakan kepada MKN sejak semalam.

“Selain itu, sembilan unit Bilik Deluxe RPP Cameron Highland dan tiga unit lagi di RPP Pulau Pinang disediakan bagi kegunaan KKM, masing-masing bermula kelmarin dan esok.

“Tiga bagunan guna sama pula dibuka di Zon Timur, masing-masing di Bangunan Persekutuan Temerloh dan Maran, Pahang serta Bangunan Persekutuan Kuala Krai, Kelantan.

“Manakala dua lagi bangunan guna sama dibuka di Zon Utara dan Tengah, masinga-masing satu di Wisma Persekutuan Perai Utara, Pulau Pinang dan Wisma Persekutuan Klang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Leave a Reply

Top