Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kerajaan PH Kekalkan KR1M 2.0

Kerajaan PH Kekalkan KR1M 2.0

KUALA LUMPUR, Kerajaan Pakatan Harapan akan mengekalkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 dan pada masa sama mahu membuka peluang kepada lebih banyak pembekal untuk membekalkan barang kepada kedai berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan juga tidak menolak kemungkinan KR1M akan dijenamakan semula mengikut keperluan masa depan.

“Pada masa ini, kerajaan berpendirian KR1M 2.0 akan dikekalkan dan mungkin akan dijenamakan semula.

“Cuma kami mahu membuka peluang kepada lebih banyak pemain (pembekal) berbanding hanya dua pemain saja dipilih ketika ini.

“Dalam soal menjenamakan semula KR1M, kami tidak obses dengan penjenamaan, sebaliknya kami mahu KR1M berdaya saing, bila rakyat hendak beli ia mencukupi dan harganya munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Suhaimi Abdullah yang bertanya apakah nasib KR1M selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

Terdahulu, Saifuddin berkata, program fasa pertama KR1M disifatkan gagal akibat beberapa faktor seperti harga barang dijual lebih mahal berbanding kedai lain, campur tangan politik, lokasi kedai yang tidak strategik dan tidak mendapat perhatian masyarakat.

Beliau turut mengesahkan KR1M masih wujud namun pengendali bertindak menurunkan papan tanda kedai selepas berlaku perubahan kerajaan dalam negara.

Katanya, sebanyak 51 KR1M 2.0 beroperasi ketika ini di seluruh negara.

Leave a Reply

Top