Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kerajaan Perinci SOP Kawasan Zon Merah

Kerajaan Perinci SOP Kawasan Zon Merah

KUALA LUMPUR, Kerajaan akan memperincikan prosedur operasi standard (SOP) kawasan berisiko tinggi yang diklasifikasikan sebagai zon merah COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu sedang dibincangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita akan mengeluarkan perincian lebih mendalam mengenai kawasan zon merah kerana banyak perkara yang perlu diperincikan sebelum sebarang tindakan dibuat.

“Sebagai contoh kawasan Gombak. Di mana kawasan khusus dalam Gombak kerana Gombak amat luas, sedangkan kita hanya mencari kawasan yang patut dijadikan tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply

Top