Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, ketidakseimbangĂ n itu merupakan antara masalah utama yang perlu diatasi.

Beliau turut merujuk negara-negara maju bahawa masalah itu tidak wujud kerana sumber pendapatan rakyat juga tinggi dan sehubungan itu tambahnya, kementeriannya sedang menggerakkan inspirasi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meningkatkan ekonomi rakyat.

Katanya, antara langkah perlu dilakukan ialah dengan menumpukan perhatian kepada bidang pembangunan usahawan melibatkan sektor perladangan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negara ini.

“Kita akan gembleng dan tingkatkan ekonomi rakyat dengan melahirkan lebih ramai usahawan khususnya dalam sektor perladangan.

“Kita perlu tingkatan hasil komoditi golongan tesebut dengan menggalakkan mereka juga turut membuat kerja sampingan di kawasan ladang. Jika sumber pendapatan tinggi, mereka tidak akan terasa terbeban dengan kenaikan harga barang,” katanya.

Dr. Mohd. Radzi menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke projek aktiviti ekonomi tambahan (AET) RISDA Terengganu di Warisan Pahlawan di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad; Pengarah Bahagian Pertanian di kementerian itu, Datuk Yatimah Sarjiman dan Pengarah RISDA negeri, Esa Rahimin.

Dalam majlis itu seramai 18 usahawan bimbingan RISDA masing-masing menerima bantuan AET sebanyak RM10,000 dan seorang lagi mendapat bantuan Groombig sebanyak RM50,000 membabitkan jumlah keseluruhan RM230,000.

Menurut Dr. Mohd. Radzi, beliau yakin penekanan dalam pembangunan usahawan mampu membantu meningkatkan ekonomi golongan sasar yang kebanyakannnya telah memiliki kepakaran tersendiri.