Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kerajaan Mahu Elak Bantuan Bertindih

Kerajaan Mahu Elak Bantuan Bertindih

KUALA LUMPUR, Bekalan topeng muka yang sudah dan akan tiba di negara ini akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan terlebih dahulu, sebelum diagihkan secara percuma kepada orang ramai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi proses agihan kepada umum, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkannya melalui Jawatankuasa Bencana di peringkat daerah.

Katanya, dalam masa beberapa hari lagi, sebanyak lima juta topeng muka lagi akan tiba di negara ini dan pihaknya perlu melakukan penyelasaran supaya agihan itu tidak bertindih dengan sumbangan yang diberikan syarikat dan orang ramai.

Justeru, beliau meminta penyumbang memaklumkan jenis sumbangan dan ke mana barangan itu mahu disumbangkan bagi mengelak pertindihan.

Leave a Reply

Top