Share on Facebook

Kempen pilihan raya Presiden Rusia dilancarkan dengan rasminya, menurut satu resolusi yang diterbitkan dalam akhbar kerajaan Rossiyskaya Gazeta pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

Resolusi yang dikeluarkan Majlis Persekutuan Rusia atau parlimen itu, secara rasmi membenarkan kempen pilihan raya dimulakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia (CEC) juga akan meluluskan rancangan untuk kempen pilihan raya pada Isnin.

Sebanyak 23 calon mengumumkan hasrat untuk bertanding merebut jawatan presiden, termasuk Vladimir Putin, kata pengerusi CEC, Ella Pamfilova.

Pendaftaran sebagai calon presiden bebas di Rusia, setiap calon perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 300,000 tandatangan pengundi menjelang 1 Februari.

Kepada yang ingin bertanding di bawah parti politik pula, perlu mengumpul tidak kurang 100,000 tandatangan atas nama calon.

Majlis Persekutuan Rusia pada Jumaat dengan rasminya, menetapkan tarikh pilihan raya presiden adalah pada 18 Mac 2018.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *