Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Kempen Pilihan Raya Dicemari Insiden Ganas

Kempen Pilihan Raya Dicemari Insiden Ganas

Kempen pilihan raya Bangladesh bertukar ganas apabila ratusan penduduk tercedera dalam tunjuk perasaan di seluruh negara.

Polis berkata, pertempuran tercetus di sekurang-kurangnya tujuh lokasi penting pada hari kedua kempen semalam, mencederakan hampir 100 orang penyokong dua parti utama yang bakal bertanding dalam pilihan raya 30 Disember ini.

Di daerah Thakurgaon, konvoi Setiausaha Agung Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), Fahkrul Islam Alamgir disambut sekumpulan penunjuk perasaan yang menghayun batang besi.

Ketua Polis tempatan, Mohammad Moniruzzaman berkata, beberapa cermin kereta pecah akibat perbuatan itu namun Alamgir tidak mengalami sebarang kecederaan.

Parti pembangkang terbabit mendakwa tindakan berkenaan dilakukan samseng upahan parti pemerintah, Liga Awami diterajui Perdana Menteri Sheikh Hasina yang bertanding untuk mengekalkan kuasa bagi penggal keempat.

Sementara itu, di Faridganj, polis melepaskan tembakan peluru getah terhadap penyokong pembangkang selepas mereka melempar batu kepada pihak berkuasa.

Sekurang-kurangnya 26 orang awam dan empat anggota polis tercedera dalam insiden berkenaan. – AFP

Leave a Reply

Top