“Sangat tidak berbaloi berniaga di tapak tersebut. Sambutan daripada orang ramai agak hambar. Berniaga pun macam buat penat badan sahaja.

“Kawasannya sempit dan sesak menyebabkan orang ramai rimas untuk membeli belah di bazar itu. Pihak kementerian sewajarnya meneliti semula perkara tersebut,” dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Wilayah Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad baru-baru ini yang mahu mengekalkan tapak Bazar Ramadan Jalan Raja pada tahun depan setelah menilai keberkesanan.

Menurut Khalid, keputusan itu dibuat setelah melihat beberapa matlamat yang berjaya dicapai terutama dalam menghapuskan budaya monopoli lot perniagaan oleh golongan tertentu sejak sekian lama.

Sementara itu, peniaga tudung yang mahu dikenali sebagai Ahmad Ali menyuarakan harapan supaya tapak perniagaan itu dipindahkan semula ke lokasi asal pada tahun depan.

“Tahun ini untung sikit malah masih ada stok barangan yang tidak habis dijual. Saya juga diberitahu ada rakan-rakan yang rugi berniaga tahun ini.

“Dahulu di tapak lama iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kami mampu meraih keuntungan yang lebih banyak kerana kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.