Kemarau pingat untuk Malaysia di Kejohanan Siri Terjun Dunia FINA di Windsor, Kanada berterusan pada hari terakhir apabila Wendy Ng Yan Yee gagal meraih pingat dalam acaranya semalam.

Walaupun layak ke pusingan akhir acara individu wanita 3 meter papan anjal selepas menduduki tempat kedua di separuh akhir pertama, Wendy sekadar menamatkan pusingan akhir di tempat terakhir dengan menggumpulkan 332.40 mata daripada lima terjunan.

Catatan itu jauh lebih rendah daripada mata yang dikumpulkan Wendy ketika separuh akhir iaitu 350.25.

Hanya enam penerjun terbaik mara ke pusingan akhir.

Menurut laman sesawang Fina www.fina.org, penerjun China, He Zi dan Shi Tingmao, masing-masing meraih pingat emas dan perak selepas mengumpulkan 401.55 dan 394.05 mata, manakala Jennifer Abel dari Kanada, memperoleh gangsa dengan 386.55 mata.

Pusingan terakhir Siri Terjun Dunia itu akan diadakan di Kazan, Rusia dari 22-24 April.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *