Katanya, laporan tersebut dibuat bapanya di Ibu pejabat Polis Daerah Kuching pada pukul 1 pagi tadi.

Dalam laporan polis tersebut, bapanya memberitahu, dia berasa curiga terhadap tingkah laku kumpulan tersebut dan bersetuju selepas mengarahkannya untuk menandatangani satu borang tanpa pemeriksaan lanjut.

Terdahulu Muhammad Haziq yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong memaparkan gambar laporan itu dalam laman akaun Facabook miliknya hari ini dengan hantaran ‘tinggalkan keluarga saya dan hadapi kebenaran’.

Selepas 24 jam digemparkan dengan penularan video rakaman dua lelaki berbogel sedang intim di atas katil, Muhammad Hazid kelmarin tampil membuat pengakuan dia merupakan lelaki dalam video seks itu bersama seseorang yang didakwanya menteri kanan Kabinet.