Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Keluarga Halang Mahathir Ziarah Pusara Nik Aziz

Keluarga Halang Mahathir Ziarah Pusara Nik Aziz

KOTA BHARU, Rancangan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menziarahi kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka di sini hari ini, terbantut apabila dihalang oleh keluarga bekas Mursyidul Am PAS itu.

Bermula kira-kira pukul 9 pagi, anak Allahyarham, Nik Adli bersama anggota keluarga serta sekumpulan penyokong PAS bertindak mengunci pagar tanah perkuburan tersebut. Pintu lalaun masuk ke tanah perkuburan itu juga dihalang menggunakan sebuah lori.

Turut hadir di tanah perkuburan berkenaan adalah calon PAS Kota Anggerik yang juga anak saudara Allahyarham iaitu Ahmad Dusuki Abd Rani.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Dusuki berkata beliau kembali ke Kelantan kerana isu kekeluargaan seperti ini dan tidak mahu keluarga ini dipecah belahkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu.

Leave a Reply

Top