MH Online

Laman Suara Rakyat

Kelantan Tidak Akan Dianak Tirikan

Kelantan Tidak Akan Dianak Tirikan

KOTA BHARU, Kerajaan Persekutuan tidak akan menganaktirikan kerajaan Kelantan dengan menyegerakan projek pembangunan infrastruktur dan prasarana yang sudah diluluskan sebelum ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat pertama bersama kerajaan negeri esok.

Katanya, semangat federalisme akan dikukuhkan dengan menjalinkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Ini adalah dasar baharu Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) apabila tidak akan menganaktirikan mana-mana negeri termasuk Kelantan.

“Kerajaan pusat akan melaksanakan pembangunan di Kelantan untuk menarik pelabur datang ke negeri ini. Kedatangan pelabur ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

“Orang Kelantan yang berada di luar cukup berjaya dalam kerjaya mereka termasuk sebagai perkhidmatan awam atau sektor pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Teh bersama pimpinan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor.

Mohamed Azmin mahu rakyat Kelantan dapat menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Kita mahu rakyat Kelantan yang berada di luar negeri supaya kembali ke negeri ini supaya dapat menyumbang kepada pembangunan,” katanya.