Anda di sini!
Utama > Sukan > Kelab EPL Setuju Potong Gaji

Kelab EPL Setuju Potong Gaji

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) akan meminta pemain supaya mengambil kombinasi pemotongan dan penangguhan 30 peratus gaji berikutan krisis kewangan disebabkan pandemik COVID-19.

“Kelab EPL sebulat suara bersetuju untuk berunding dengan pemain berkenaan kombinasi pemotongan dan penangguhan gaji sebanyak 30 peratus,” kata EPL dalam satu kenyataan.

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional England (PFA) akan bertemu badan liga dan kelab untuk membincangkan cadangan berkenaan, hari ini.

Pertemuan antara 20 kelab EPL itu juga bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan liga musim ini sehingga keadaan betul-betul selamat.

Semua kelab sangat terdesak untuk menamatkan saingan bagi mengelak membayar semula hak penyiaran bernilai 760 juta pound (RM4 bilion) jika gagal untuk meneruskan saingan berdasarkan kontrak televisyen yang ditetapkan sebelum ini.

“Semua aspek untuk memulakan semula saingan haruslah mendapat sokongan sepenuhya dari pihak kerajaan dan mengikut segala nasihat berkaitan kesihatan,” kata kenyataan itu.

Walaupun berdepan masalah kewangan, kelab EPL bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak 125 juta pound (RM666 juta) kepada Liga Bola Sepak Inggeris (EPL) dan Liga Kebangsaan untuk membantu pasukan liga bawahan. – AFP

Leave a Reply

Top