Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo memuatnaik gambar keluarga besarnya semasa percutian di Ibiza untuk dikongsi bersama peminat di Instagram.

Namun, tumpuan lebih terarah kepada perut kekasih Ronaldo, Georgina Rodriguez yang sudah menampakkan baby bump.

Khabar angin mengatakan Rodriguez sedang hamil anak Ronaldo dan perkara itu dinafikan ibu Ronaldo, Dolores.

 Namun gambar terbaharu itu menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Dalam gambar itu, Rodriguez sedang mendukung salah seorang kembar yang juga anak Ronaldo yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang.

Ronaldo turut memuatnaik gambarnya bersama keluarga termasuk Dolores, anak sulungnya, Cristiano Ronaldo Jr dan bayi kembarnya semasa percutian itu.

Dia meletakkan kapsyen: ‘Big family with love.’

Gambar itu mendapat lebih 3 juta likes dari peminatnya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *