Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Kebakaran Hutan Di Lembah Pigeon Makin Buruk

Kebakaran Hutan Di Lembah Pigeon Makin Buruk

Angin kencang dijangka memburukkan kebakaran hutan yang sudah berlanjutan seminggu lalu di South Island, New Zealand, memaksa ribuan penduduk meninggalkan rumah mereka dengan ramai lagi dijangka berbuat demikian.

Kebakaran di Lembah Pigeon meliputi 2,300 hektar dengan 25 kilomter perimeter, kata Pertahanan Sivil New Zealand dalam kenyataan di laman webnya.

Tiada kematian dilaporkan dan cuma sebuah rumah musnah.

“Ada kebimbangan mengenai angin kencang yang diramalkan tengah hari ini, yang dijangka menguji garis kawalan,” kata agensi itu.

Awal hari ini, 155 anggota tentera mengawal kebakaran dengan bantuan udara daripada 23 helikopter dan 3 pesawat, menjadikan ia sebagai usaha memadamkan api dari udara terbesar di negara itu.

Sehingga 3,000 penduduk terpaksa meninggalkan Wakefield dan kawasan Lembah Pigeon, kata Pengawal Pertahanan Sivil New Zealand, Roger Ball, kepada sidang media semalam.

Lebih ramai dijangka terpaksa meninggalkan kediaman mereka hari ini, kata Pengurus Komunikasi Palang Merah New Zeland, Ellie van Baaren, menambah mereka keletihan dan kecewa. — Reuters

Leave a Reply

Top