Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Keamanan Faktor Penting Tarik Pelabur Asing

Keamanan Faktor Penting Tarik Pelabur Asing

SEREMBAN, Keamanan yang dinikmati hari ini dapat menjamin perkembangan ekonomi yang baik, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata selain keamanan, kestabilan politik turut menjadi faktor penting dalam menarik pelabur asing ke negara ini.

“Keamanan ini tidak datang bergolek tetapi ianya di atas pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan (anggota tentera) dan juga arwah pejuang yang telah mendahului kita.

“Jika negara ini tidak aman, orang tidak akan melabur dan juga jangan berfikiran kita boleh berjaya dalam perniagaan bukan disebabkan oleh kerajaan? bagaimana hendak berniaga kalau negara tidak aman,” katanya semasa berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Tentera Darat Negeri Sembilan, di kediamannya di sini malam tadi.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima 1 Briged Brig. Jen. Datuk Reduan Omar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Mohamad berkata kerajaan negeri mengucapkan terima kasih atas pengorbanan anggota keselamatan dari dahulu sehingga kini, yang sentiasa memastikan keselamatan dan keamanan negara dijaga dengan baik.

Pada majlis tersebut Mohamad turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM648,000 kepada pasukan tentera darat di seluruh Negeri Sembilan yang merangkumi 58 pasukan termasuk Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 1 Bridged.

Leave a Reply

Top