MH Online

Laman Suara Rakyat

Kawalan Keluar Masuk Kejiranan Perlu Kebenaran Polis

Kawalan Keluar Masuk Kejiranan Perlu Kebenaran Polis

KUALA LUMPUR, Persatuan penduduk atau kumpulan komuniti yang mahu membuat kawalan pergerakan keluar masuk di kawasan masing-masing perlu mendapatkan kebenaran polis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana persatuan penduduk dan kepemimpinan komuniti tidak mempunyai kuasa polis.

“Berbincang dan dapatkan kebenaran daripada polis terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat menteri bagi pelaksanaan PKP di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan memang menggalakkan persatuan penduduk atau kumpulan komuniti membuat kawalan pergerakan keluar masuk ke kawasan masing-masing sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).