Ketika bersama Liverpool musim 2013/14 Luis Suarez pernah mendapat anugerah ‘Kasut Emas’ namun kelab itu gagal menjadi juara Liga Perdana Inggeris dan dia tidak mahu situasi yang sama berulang ketika dia bersama Barcelona.

Liverpool tidak mampu menjadi juara liga kerana prestasi yang merosot dalam beberapa perlawanan terakhirnya dan gelaran juara akhirnya diraih Manchester City.

Tahun ini, situasi yang hampir sama berulang dengan pemain Uruguay ini mendahului senarai penjaring terbanyak La Liga dengan 37 gol, lebih empat gol berbanding Ronaldo.

Dalam masa yang sama Barca berada di puncak liga menjelang perlawanan terakhir mereka dengan 88 mata, hanya lebih satu mata di atas Real Madrid.

Ini menunjukkan Suarez hampir mendapat anugerah Kasut Emas tetapi kali ini dia lebih fokus untuk membawa Barca meraih gelaran juara.

Barca harus menang ke atas Granada dalam perlawanan terakhir mereka minggu ini walau apa pun keputusan yang dicatatkan Madrid ketika menentang Deportivo La Coruna.

Jika Barca kalah atau seri, Madrid berpeluang menjadi juara.

“Saya gembira dapat membantu pasukan, tetapi menang Kasut Emas tidak akan memberi sebarang makna jika kami gagal menjadi juara liga,” kata Suarez memetikSoccerway.

“Saya memenangi Kasut Emas di Liverpool tapi kami gagal menjadi juara liga.

“Saya sangat bangga dengan apa yang saya lakukan, tapi pujian harus diberikan kepada semua pemain,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *