Sebastian Vettel berkata Ferrari perlu kekal tenang dan mengelak sebarang rasa kecewa ketika mereka mahu melupakan Grand Prix Belgium yang mengecewakan menjelang perlumbaan di laman sendiri dekat Itali Ahad ini.
Juara empat kali itu yang akan beraksi buat kali terakhir bersama pasukan Itali itu, menamatkan saingan di tangga ke-13 awal pagi tadi, satu tempat di depan rakan sepasukan Charles Leclerc, yang menang perlumbaan tahun lalu.
Pada satu ketika kedua-dua pemandu hampir berlanggar bagi mencari kedudukan ke-12.
“Adalah sukar untuk mencari kepantasan dimahukan dalam perlumbaan ini atau minggu ini,” kata Vettel. “Ada banyak perkara kami perlu belajar dan kami perlu kekal tenang dan tidak kecewa.
“Kecewa tidak membawa anda ke mana-mana. Kami perlu tenang, realistik dan tidak menjangkakan sebarang keajaiban.
“Itulah pakej yang kami ada dan kami perlu fokus terhadap perkara baik walaupun ia tidak banyak.” – AFP
Berita lain
Lewandowski Lepasi Pencapaian 250 Gol
Mourinho Tak Puas Hati Tindakan Klopp
Cavani Bakal Perkuat Man Utd