Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kakitangan JPJ Temerloh Direman

Kakitangan JPJ Temerloh Direman

TEMERLOH, Seorang kakitangan bahagian pentadbiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah ini, direman enam hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan rasuah berkaitan pengeluaran lesen yang sudah tamat tempoh.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh, Ti Pei Si.

Suspek yang sudah lima tahun berkhidmat dengan JPJ ditahan di pejabatnya kira-kira jam 12 tengah hari semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dia yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi) dipercayai mengambil suapan bagi membolehkan lesen kenderaan motor yang sudah tamat tempoh melebihi setahun dikeluarkan tanpa melalui prosedur ditetapkan JPJ.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan dengan cara memanjangkan tempoh tarikh tamat, supaya kenderaan berkenaan tidak perlu melalui pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM).

Kegiatan itu difahamkan turut berlaku di beberapa negeri lain dan SPRM sudah melakukan siasatan berhubung sindiket berkenaan sejak tahun 2016.

Leave a Reply

Top