Anda di sini!
Utama > Hiburan > ‘Kagum Dengan Semangat Kental Intan’

‘Kagum Dengan Semangat Kental Intan’

Datuk Seri Aliff Syukri mengaku sengaja mengambil kesempatan terhadap kontroversi rumah tangga ibu beranak dua itu dengan suaminya, Ude, bagi melariskan produk dengan melantik Intan Liana sebagai model untuk memperagakan koleksi tudung keluaran syarikatnya .

Bagaimanapun, Aliff memberitahu, beliau memberi layanan adil kepada Intan dengan bayaran dibuat mengikut kadar model profesional.

“Saya kagum dengan semangat kental Intan… Dia cukup penyabar. Bagi saya, ini peluang terbaik untuk saya membantu dirinya mendapat sumber pendapatan.

“Iya, saya ambil kesempatan dan peluang daripada kontroversi yang melanda dirinya. Namun, ini semua untuk kebaikan Intan.

“Niat saya membantu Intan dan memberi bayaran sepatutnya… Saya tidak letak kadar bayaran rendah,” dipetik sebagai berkata.

Nama Intan, 33, mula menjadi sebutan apabila terbongkar kisah Ude atau nama sebenarnya, Mohammad Radzi Abdul Wahid, berkahwin secara senyap dengan pelakon, Izreen Azminda, pada 8 Ogos tahun lalu.

Kontroversi memuncak apabila Ude memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ke atas Intan, pada 30 November lalu.

Khamis depan, Ude, 30, dijangka melafazkan talak selepas Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin, menetapkan tarikh itu ketika prosiding, baru-baru ini.

Aliff berkata, Intan dilantik sebagai salah seorang model tudung selendang bertingkat, Aliff by Sha bagi tempoh enam bulan.

“Jualan saya meningkat 50 peratus… Saya gembira dengan perkembangan ini. Intan mendapat pulangan lumayan selain membuka peluang kerja baharu buat dirinya.

“Saya akui Intan masih baharu dan ada kalanya kekok, namun dia mempunyai pengikut sendiri. Penampilan jujur dirinya mencuri hati ramai pelanggan,” katanya.

Aliff memberitahu, pihaknya menimbang melantik Intan sebagai duta produk syarikat berdasarkan prestasi ditunjukkan.

Leave a Reply

Top