Anda di sini!
Utama > Sukan > Juventus Berpesta Gol, Juarai Serie A

Juventus Berpesta Gol, Juarai Serie A

Juventus menyempurnakan saingan Serie A musim ini dengan menang besar 5-0 ke atas Sampdoria dalam perlawanan yang berlangsung di Juventus Arena, malam Sabtu.

Pada babak pertama lagi Juventus sudah meninggalkan lawan dengan skor 3-0 menerusi gol Patrice Evra dan dua gol daripada Paulo Dybala.

Pada babak kedua, Juventus terus meneruskan penguasaannya menerusi pemain Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci untuk kelab ini berpesta gol.

Dengan kemenangan ini, Juventus memastikan gelaran juara saingan liga Itali, menutup musim dengan 91 mata daripada 38 perlawanan.

Di tempat kedua adalah Napoli dengan 82 mata.

Leave a Reply

Top