Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Jutawan India Mahu Lawan Facebook

Jutawan India Mahu Lawan Facebook

Seorang jutawan India yang berjanji membiayai lawan Facebook berkata hari ini, beliau ‘dibanjiri’ maklum balas ketika dunia bergelut dengan kebimbangan berhubung privasi data.

Anand Mahindra, yang mana empayar perniagaan Mahindra Group mengusahakan segala-galanya daripada kereta sehinggalah hartanah, mencetuskan kebanjiran sumbang saran ketika Facebook dilingkari skandal berhubung salah guna data penggunanya.

Gergasi media sosial itu menerima tekanan untuk menjelaskan bagaimana data sehingga 50 juta pengguna didakwa diambil daripada Facebook dan digunakan dalam kempen politik.

Mahindra awal bulan ini menggesa usahawan teknologi India untuk mencipta ‘syarikat rangkaian sosial sendiri’ dan menawarkan pembiayaan awal kepada syarikat pemula bagi merealisasikan idea yang baik.

Pelawaan itu mencetuskan kebanjiran cadangan, walaupun daripada ketua pegawai digitalnya sendiri, Jaspreet Bindra yang tertarik dengan tawaran ketuanya itu.

“Untuk mengatakan saya terharu maklum balas susulan gesaan saya kepada cadangan rangkaian sosial pemula adalah kenyataan tidak benar!

“Perkara yang baik ialah adalah jelas ada ledakan tenaga keusahawanan di negara ini. Mulakan permainan ini!” tulis Mahindra dalam Twitter hari ini.

India memiliki pengguna tertinggi Facebook di dunia dengan 241 juta anggota aktif, menurut laporan diterbitkan Jun lalu oleh firma berpusat di Amsterdam, The Next Web.

Kementerian Teknologi Maklumat India minggu lalu secara rasmi memohon Cambridge Analytica, syarikat analisis data di tengah isu Facebook, menyediakan penjelasan berhubung amalannya menjelang akhir bulan ini.

Laporan itu berikutan parti pemerintah pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi dan pembangkang, Kongres menggunakan firma itu dalam pilihan raya sebelumnya, mencetuskan dakwaan siri pelanggaran data yang dinafikan kedua-dua pihak. -AFP

Leave a Reply

Top