Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Jutawan British Mati Ditembak Jarak Dekat

Jutawan British Mati Ditembak Jarak Dekat

Jutawan British, Matthew Gibbard, 50, terbunuh dan anak tirinya Stefan Zone, 28, mengalami kecederaan selepas diserang di luar hotel penginapan mereka di Argentina kelmarin.

Kejadian berlaku selepas beberapa jam pemilik syarikat pelancongan dan skim persaraan bernilai jutaan pound itu tiba di Buenos Aires untuk percutian Krimas bersama keluarga di Puerto Madero.

Rakaman rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penjenayah bermotosikal itu melepaskan tembakan jarak dekat sebaik Gibbard keluar daripada teksi yang dinaiki bersama keluarganya tiba di depan hotel penginapan mereka.

Begitupun jutawan itu diberikan bantuan pernafasan (CPR) di luar hotel mewah Feane namun gagal diselamatkan manakala Zone berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di hospital berdekatan.

Menurut sumber polis, mangsa berkemungkinan telah dijadikan sasaran sebelum tiba di resort terbabit.

“Kami telah memeriksa CCTV di lapangan terbang dan sepanjang laluan ke hotel mendapati mangsa diekori oleh dua buah kereta dan sebuah motosikal.

“Kami yakin ini bukan satu serangan rawak dan berkemungkinan kerja ‘geng’ perompak yang tahu bahawa mereka kaya dan pihak polis kini sedang giat memburu mereka,” katanya. – Agensi.

Leave a Reply

Top