Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Justo Bertemu Dr Mahathir

Justo Bertemu Dr Mahathir

Warga negara Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Menerusi Facebooknya, Justo memaparkan sekeping gambarnya bersama Tun Mahathir, kira-kira jam 7 malam tadi.

“Satu penghormatan dan pengalaman luar biasa!,” tulisnya sebagai keterangan pada gambar berkenaan.

Namun sehingga kini, tiada maklumat lanjut berhubung pertemuan itu.

Justo merupakan figura penting dalam kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sebelum ini dia pernah dilaporkan berkongsi maklumat mengenai badan pelaburan berkenaan dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Beliau juga pernah ditahan pihak berkuasa Thailand sekitar 2015 berhubung kebocoran maklumat dan data membabitkan PetroSaudi.

Leave a Reply

Top